Tahniah .... !!! Anda pengunjung yang ke

Friday, April 11, 2014

pertandingan Blog 2014 .

      Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya  .

                                  


        Papan tanda bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pemandu kenderaan jalan. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan tujuan tertentu dan dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu papan tanda mandotari, papan tanda larangan, tanda amaran dan papan tanda maklumat. Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian panduan atau arahan yang ingin disampaikan.Papan  tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju. 


  


            Papan tanda  merupakan undang undang  yang ditetapkan oleh Jabatan
Keselamatan . Jalan Raya (JKJR) berperanan  untuk memastikan  keselamatan rakyat Malaysia yang lebih terjamin . Kebanyakan rakyat di Malaysia tidak mematuhi papan tanda dan memandang remeh terhadap papan tanda . Adakah anda seorang rakyat yang mematuhi papan tanda ? Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak mematuhi papan tanda jalan raya ? ''tepuk dada tanya hati' kerna sesuatu tindakan hanya berada ditangan anda.








                                    




  
               selain itu juga , papan tanda berperanan untuk memberitahu pemandu atau pengguna  jalan raya tentang sesuatu tempat mahupun untuk memberi isyarat awal.kita sebagai rakyat malaysia yang mempunyai akal minda yang cemerlang seharusnya menitikberatkkan dan mematuhi papan tanda jalan raya agar keselamatan terjamin. secara automatiknya kadar kemalangan dapat dikurangkan jikalau kita mempunyai sensetiviti terhadap isu ini.jelaslah bahawa amat penting bagi kita semua untuk mempelajari ,mengetahui, dan memahami makna setiap tanda tanda isyarat lalu lintas





            Di samping itu , dengan kita mematuhi peraturan jalan raya sekaligus dapat mendisiplinkan dan melatih diri kita supaya berhati hati di jalan raya. kita patut sedar bahawa yang menggunakan jalan raya bukan kita sahaja tapi ramai yang menggunakan disini lah kita patut menunjukkan sikap yang berhemah di jalan raya.kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi yang harus lakukan, benarlah kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.
  





Bukan itu sahaja , kita juga dapat menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda zaman sekarang. Secara Umumnya kita tahu remaja suka mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku , dan disinilah peranan kita sebagai masyarakat yang prihatin dengan menjadi 'role model'' kepada mereka. Pastinya  golongan remaja ini akan lebih menghormati apabila mereka dapat mempelajari ilmu di jalan raya dengan baik. 











Konklusinya , kita harus mematuhi papan tanda jalan raya bagi memastikan keselamatan di jalan raya . sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna maka jalan raya akan menjadi ''sungai maut'' apabila kita tidak mahu melakukan anjakan paradigma. Pengembelengan semua pihak amatlah ditagih bagi mencapai matlamat yang diinginkan .







                                         





Disini saya sertakan video tentang panduan keselamatan jalan raya  INGAT !!!!! :) .




                                            ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !

No comments:

Post a Comment